Permotoran

GP Indonesia guna khidmat pawang hujan

Oleh Agensi

Mandalika: Kehadiran seorang pawang hujan di Grand Prix Indonesia dekat Litar Mandalika hari ini mencuri tumpuan ramai sekali gus tular di media sosial.

Pawang hujan itu dilihat berada di hentian pit dengan tugasan mahu menghentikan hujan yang lebat.

Bibirnya dilihat terkumat-kamit membaca ritual tertentu sambil memegang sebuah mangkuk.

Sepanjang saingan MotoGP di Litar Mandalika, pawang hujang yang bernama Rara itu ditugaskan untuk mengawal cuaca agar hujan tidak turun dengan sangat lebat.

Akibat cuaca buruk pada hari ini, perlumbaan MotoGP terpaksa ditangguhkan seketika namun kemudian bersambung semula.

Gelagat Rara itu turut menarik perhatian juara dunia yang juga pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo apabila dia dilihat cuba meniru aksi Rara.

Sambil tersenyum, dia memegang sebuah mangkuk di depan kamera namun gelagatnya itu bertambah lucu apabila mangkuk yang dipegangnya itu terjatuh.

Disiarkan pada: March 20, 2022 @ 10:00pm
d