Permotoran

Penamat podium di Montreal bawa sinar buat Hamilton

Oleh Agensi

London: Lewis Hamilton berkata, kejayaannya menamatkan perlumbaan di Grand Prix Kanada di kedudukan podium memberinya harapan bahawa Mercedes boleh kembali berdaya saing tahun ini.

Juara dunia tujuh kali itu tidak meraih podium sejak perlumbaan pertama musim ini dan keputusan di Montreal menamatkan pencapaian buruk mereka musim ini.

"Ia memberi saya harapan bahawa akan ada lebih banyak lagi kejayaan akan datang daripada kereta ini dan berpotensi untuk mendapatkan pelarasan terbaik," kata Hamilton.

Sebelum aksi di Montreal, Hamilton ditewaskan oleh rakan pasukan George Russell untuk tiga perlumbaan berturut-turut dan tidak menamatkan perlumbaan di kedudukan podium sejak perlumbaan pertama musim ini di Bahrain.

Ia turut disebabkan oleh pencapaian Russell yang semakin mengagumkan musim ini sekali gus menimbulkan persoalan siapa yang lebih pantas.

Namun Hamilton juga tidak perlu dipersalahkan sepenuhnya di atas kegagalan itu.

"Banyak yang dipelajari sepanjang hujung minggu ini dan penambahbaikkan yang boleh kami lakukan untuk masa depan selepas mendapat rentak.

"Ia sangat menggembirakan untuk dilihat, Ia tidak selalu berlaku dengan kereta ini."

Disiarkan pada: June 21, 2022 @ 12:40pm
d