Permotoran

Espargaro retak buku lali

Oleh AFP

Barcelona: Pelumba MotoGP dari Sepanyol, Aleix Espargaro mengalami keretakan buku lali kanan selepas terbabit kemalangan di Grand Prix British di Silverstone, menurut pasukannya Aprilia hari ini.

Espargaro yang menduduki tempat kedua kejohanan dunia di belakang Fabio Quartararo tetap berlumba Ahad lalu walaupun terjatuh ketika sesi latihan sehari sebelum itu.

"Oleh kerana kecederaan itu tidak perlukan pembedahan, Aleix diberikan rehat tujuh hari dan sepanjang itu dia akan menggunakan tongkat," menurut pasukan selepas ujian perubatan di Barcelona.

Jaguh berusia 33 tahun itu menduduki tempat kesembilan pada perlumbaan kelmarin yang dimenangi pelumba Itali, Francesco Bagnaia dari Ducati dan kekal kedua dalam carta kejohanan dengan 22 mata di belakang pelumba Yamaha dari Perancis Quartararo.

Perlumbaan seterusnya musim ini ialah di Austria pada 21 Ogos.

Espargaro menjuarai perlumbaan MotoGP pertamanya musim ini di Argentina yang juga kejayaan pertama Aprilia dalam kategori elit motosikal.

Disiarkan pada: August 9, 2022 @ 11:59am
d