Permotoran

Bagnaia lelaki yang perlu ditewaskan - Quartararo

Oleh Agensi

London: Fabio Quartararo mengakui bahawa Francesco Bagnaia "adalah pelumba yang perlu dikalahkan sekarang" jika ingin merangkul mahkota kejuaraan MotoGP 2022 dan berharap "perlumbaan di luar negara akan memberikan sesuatu yang positif.

Pelumba Yamaha itu semakin diekori rapat Bagnaia yang mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut dengan menyaksikan pendahulu kejuaraan ketika ini hanya memiliki kelebihan 30 mata ketika perlumbaan berbaki enam pusingan.

Quartararo mengakui bahawa dia perlu menewaskan Bagnaia jika dia mahu memperoleh gelaran kedua berturut-turut dan mengakui saingan seterusnya adalah peluang untuk menjarakkan kedudukan dengan pelumba Ducati itu.

Quartararo berkata saingan seterusnya di Aragon adalah yang lain sukar dan yang terakhir perlu dihadapinya.

"Ia adalah satu perlumbaan yang sukar tetapi sebenarnya ia adalah salah satu perlumbaan pertama di mana saya berada di belakang motosikal lain.

"Pecco (Bagnaia) sangat pantas sepanjang hujung minggu dan beberapa perlumbaan terakhir, dia adalah lelaki yang perlu ditewaskan sekarang.

"Dia meraih banyak mata sekarang jadi kami harap trek yang akan datang di luar negara akan memberikan sesuatu yang positif untuk motosikal kami," katanya.

Disiarkan pada: September 6, 2022 @ 12:43pm
d