Permotoran

Brawn tinggalkan saingan F1

Oleh AFP

Paris: Ross Brawn mengumumkan bahawa beliau akan bersara dan meninggalkan jawatan sebagai pengarah urusan sukan permotoran di Formula Satu (F1), yang dipegangnya sejak 2017.

"Tugas saya bersama F1 kini akan berakhir," jelasnya laman web F1 sambil menambah sekarang adalah masa yang sesuai untuknya bersara.

Brawn dilantik pada Januari 2017 pada hari sama pemilik semasa, Liberty Media mengambil alih.

"Liberty hanya tahu mengenai ekonomi F1, tetapi mereka tidak tahu sangat berkaitan F1 sebagai sukan.

"Saya didekati oleh Liberty sebagai seseorang yang mempunyai pengalaman F1, sesuatu yang mereka perlukan pada mulanya.

"Saya berminat, tetapi hanya jika kita boleh menangani pembangunan sukan itu dari perspektif yang berbeza - bagaimana kita menambah baik perlumbaan? Saya rasa kami sudah berjaya," katanya.

"Kami sudah menetapkan F1 pada landasan baharu. Kami melakukan sebahagian besar kerja, dan kami berada dalam tempoh penyatuan sekarang.

"Terdapat penggunaan jentera baharu pada 2026, tetapi itu masih empat tahun lagi, agak jauh bagi saya, jadi lebih baik kumpulan orang seterusnya mengambil peranan itu," katanya.

Disiarkan pada: November 29, 2022 @ 1:10pm
d