Permotoran

F1 perlukan Ferrari untuk berdaya saing

Oleh Agensi

London: Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1 Stefano Domenicali percaya sukan itu "memerlukan Ferrari untuk berdaya saing".

Domenicali berkata perkara itu selepas Pengetua pasukan Ferrari, Mattia Binotto yang mengesahkan akan meletakkan jawatannya selepas kegagalan pasukannya sepanjang musim ini.

Bercakap kepada Sky, Domenicali turut berharap pasukan itu akan bertambah baik di bawah kepimpinan baharu.

Domenicalim yang pernah menjadi ketua pasukan Ferrari berkata, beliau percaya sukan itu memerlukan pengeluar terkenal Itali itu untuk terus berada di barisan hadapan.

"Saya sangat berharap Ferrari akan dapat mencari penyelesaian untuk terus kekal sebagai pencabar di barisan hadapan kerana mereka melakukan banyak perubahan berbanding dua tahun lalu.

"Kami memerlukan Ferrari untuk berdaya saing dan kami memerlukan pasukan dan pelumba terbaik untuk memberikan saingan kepada yang lain. Jadi itulah hasrat yang saya harapkan."

Disiarkan pada: December 5, 2022 @ 12:32pm
d