Permotoran

Quartararo 'muak' dengan prestasi Yamaha

Oleh Agensi

London: Fabio Quartararo dilaporkan kecewa dengan daya saing Yamaha dan mungkin akan berpindah ke Suzuki jika mereka kekal mereka kekal dalam saingan MotoGP, kata Pengurus Pasukan Suzuki, Livio Suppo.

Juara dunia 2021 itu gagal mempertahankan kejuaraannya apabila ketinggalan 91 mata ke atas juara baru Francesco Bagnaia dan sebahagian besarnya dia sebabkan oleh prestasi motosikalnya.

Suppo yang akan keluar dari kancah MotoGP sebelum 2023 percaya dia boleh menarik minat Quartararo untuk bertukar.

"Saya nampak (Quartararo dan Marc Marquez) macam dah bosan dengan keadaan mereka sehinggakan Quartararo boleh datang kepada kami dengan rela," kata Suppo.

"Ia pasti satu yang menyeronokkan untuk melihatnya menaiki Suzuki."

Suzuki meninggalkan MotoGP dengan pencapaian cemerlang menerusi Alex Rins yang memenangi dia daripada tiga perlumbaan terakhir termasuk final di Valencia.

Disiarkan pada: December 28, 2022 @ 12:48pm
d