Permotoran

Alex Marquez mampu rebut gelaran juara dunia

Oleh Agensi

Madrid: Alex Marquez boleh bersaing untuk merebut gelaran dunia MotoGP seperti yang dilakukan Enea Bastianini musim lalu, kata bos Gresini Racing, Manuel Poggiali.

Bastianini menamatkan saingan keseluruhan di tempat ketiga musim lalu selain muncul pelumba kedua terbanyak memenangi perlumbaan.

Dia 'dinaikkan pangkat' dari pasukan Gresini ke pasukan pengeluar Ducati bersama-sama dengan juara bertahan, Francesco Bagnaia sekali gus menyaksikan tempatnya digantikan oleh Marquez yang akan bergandingan bersama Fabio di Giannantonio.

"Musim 2022 sangat menarik untuk kami bersama Enea. Saya rasa kami sudah melakar sejarah menarik. Sekarang lebih banyak lagi sejarah akan dilakar.

"Bagi kami, kejayaan yang dicapai bersama Enea mampu dilakukan sekali lagi bersama Di Giannantonio dan Marquez. Kedua-dua melalui musim yang tidak berapa baik.

"Adalah amat penting sekali untuk mewujudkan kepercayaan dalam pasukan dan berusaha memperbaiki segala kekurangan," kata Poggiali.

Disiarkan pada: January 21, 2023 @ 7:09pm
d