Permotoran

Sanchez tinggalkan Ferrari

Oleh Reuters

London: Jurutera senior dan pakar aerodinamik Formula Satu (F1) Ferrari, David Sanchez meninggalkan pasukan itu selepas sedekad di Maranello.

Ferrari yang muncul naib juara di belakang Red Bull pada 2022 bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

The Gazzetta dello Sport memaklumkan pakar dari Perancis itu, adalah Ketua Konsep Kenderaan pasukan Ferrari meninggalkan pasukan itu selepas permulaan musim yang mengecewakan di Bahrain.

Pasukan paling lama dan paling berjaya dalam sukan itu berada di bawah pengurusan baharu Fred Vasseur dari Perancis berikutan pemergian bekas pengetua, Mattia Binotto pada penghujung musim 2022.

Sanchez bersama Itali pada 2012 selepas meninggalkan McLaren yang kini mempunyai bekas jurutera Ferrari, Andrea Stella sebagai pengetua baharu mereka dan menjadi ketua aerodinamik pada 2016.

Gazzetta berkata Sanchez akan memulakan tempoh 'pemergiannya' dan tempatnya dijangka diganti melalui promosi pemilihan dalaman.

Disiarkan pada: March 10, 2023 @ 1:11pm
d