Permotoran

Verstappen juara di Monaco

Oleh Reuters

Monaco: Juara dunia berganda, Max Verstappen muncul juara Grand Prix (GP) Monaco selepas mengungguli perlumbaan dari awal hingga ke garisan penamat sekali gus membolehkan dia terus mendahului kedudukan keseluruhan dengan 39 mata.

Ia adalah kemenangan kali keenam Red Bull daripada enam perlumbaan musim ini.

Sementara ittu pelumba Sepanyol, Fernando Alonso dari Aston Martin menamatkan saingan di tempat kedua tetapi ketinggalan 27.9 saat.

Pelumba Perancis, Esteban Ocon melengkapkan podium dengan menduduki tempat ketiga, manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari Mercedes hanya berpuas hati di tempat keempat.

Ia adalah kemenangan kali keempat Verstappen musim ini, kali kedua di Monaco dan kali ke-39 dalam kariernya.

Disiarkan pada: May 28, 2023 @ 11:08pm
d