Permotoran

Perlumbaan pecut GP Australia dibatalkan

Oleh AFP

Phillip Island, Australia: Jorge Martin dinafikan peluang untuk merapatkan jurang pemburuan kejuaraan dunia dengan pendahulu Francesco Bagnaia selepas perlumbaan pecut MotoGP Australia dibatalkan kerana keadaan yang berbahaya.

Penganjur menutup palam hampir setengah jam sebelum perlumbaan 13 pusingan dijadual bermula di Pulau Phillip ketika ramalan angin akan berlaku sehingga 80 kilometer sejam.

"Malangnya perlumbaan pecut terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca," tweet penganjur perlumbaan.

"Perubahan terpaksa dibuat pada jadual untuk mencuba dan memastikan trek berada dalam keadaan paling selamat.

"Tetapi keadaan cuaca diramalkan akan bertambah buruk sepanjang hari menyebabkan perlumbaan terpaksa dibatalkan," kata penganjur.

Martin dari Sepanyol memenangi empat perlumbaan pecut sebelum ini dan juga akan memulakan saingan di petak utama di Australia, terdesak untuk mengutip mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima minggu lalu dan kini berada di kedudukan kedua di belakang Bagnaia.

Pelumba Itali Ducati kini akan mendahului 27 mata menjelang MotoGP Thailand minggu depan dengan perlumbaan hanya berbaki empat pusingan dari 20 perlumbaan musim ini.

Disiarkan pada: October 22, 2023 @ 11:50am
d