Permotoran

Bagnaia bersama Ducatinya buktikan kehebatan di Qatar

Lusail: Juara dunia berganda Francesco Bagnaia melaungkan amaran bahawa dia cukup sukar untuk digugat pesaing lain selepas mendominasi ujian mata di Qatar.

Bersaing di Litar Lusail yang menjadi tuan rumah kepada Grand Prix, pelumba Itali berusia 27 tahun itu mengulangi pencapaian yang ditunjukkan di Sepang, Malaysia.

Selepas permulaan yang berhati-hati dalam keadaan berangin, Bagnaia mengatasi rakan sepasukan, Enea Bastianini, dengan 0.120 saat sekali gus menunjukkan enjin baru motosikal itu digunakan sepenuhnya kelebihan semasa sesi hampir berakhir.

Juara kelahiran Turin itu 0.308 saat lebih pantas daripada Aleix Espargaro yang menunggang jentera Aprilia, manakala bekas juara, Marc Marquez, membuat kejutan di pasukan baru Ducati-Gresini dengan tempat keempat untuk 0.383 saat.

Disiarkan pada: February 21, 2024 @ 9:59am
d