Permotoran

Marquez tak 'beri muka' kepada Alex

Oleh Agensi

Madrid: Marc Marquez ditanya soalan menarik di hadapan adiknya, Alex Marquez ketika mereka sedang melakukan persediaan untuk musim MotoGP 2024 sebagai rakan sepasukan.

Marquez yang lebih tua ditanya jika dia berada di kedudukan kedua dalam perlumbaan di belakang adiknya, Alex, adakah dia akan cuba memintas dan mengambil risiko yang kemungkinan menyebabkan kedua-duanya terbabit kemalangan.

"Saya mengambil risiko untuk menamatkan saingan di tempat ketujuh tahun lalu.

"Dalam apa jua keadaan, saya lebih suka meminta maaf daripada meminta izin, walaupun dia adalah adik saya," kata Marc dipetik daripada Marca selepas muncul dalam rancangan TV Sepanyol bersama Alex.

Pelumba adik beradik itu akan bergabung bersama pasukan Gresini sekali gus bakal menjadi tumpuan pada musim baharu MotoGP.

Marquez berkata, dia akan terus dengan matlamat untuk mengatasi mana-mana pelumba termasuk adiknya sendiri namun tidak melupakan tanggungjawab sebagai rakan sepasukan kepada Alex.

"Sebagai pelumba, anda perlu sentiasa cuba membantu rakan sepasukan, walaupun musuh utama seseorang pelumba itu adalah rakan sepasukannya.

"Kami berdua mahu menjadi yang terbaik di atas litar, tetapi dalam kes saya berbeza kerana

kami mempunyai ikatan persaudaraan," katanya.

Disiarkan pada: March 1, 2024 @ 10:21am
d