bestari

Terima pangkat lans koperal

Oleh myMetro

Seramai 106 penuntut Politeknik Zon Selatan terdiri daripada pelajar Politeknik Merlimau, Politeknik Melaka, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Ibrahim Sultan ditauliahkan daripada prebet kepada lans koperal.

Majlis pemakaian pangkat berlangsung di Pusat Kokurikulum Lanchang, Merlimau.

Mereka bernaung di bawah Rejimen 514, 508 dan 501 Askar Wataniah dan menamatkan kursus KADAR dengan jayanya bermula dari 20 April sehingga 19 Mei lalu sekali gus memenuhi Kokurikulum Politeknik yang dibangunkan oleh Seketariat Askar Wataniah Politeknik Malaysia (SAWP).

Disiarkan pada: June 5, 2017 @ 12:50pm
d