bestari

Orientasi kerjaya lebih menarik

Oleh Fazurawati Che Lah

Golongan muda kini sememangnya agak bertuah kerana orientasi dan skop pemilihan kerjaya makin luas.

Tahap pendidikan lebih tinggi ibu bapa dan tahap pendedahan yang luas dalam kalangan pelajar membolehkan mereka memilih serta berjaya dalam pelbagai kerjaya profesional.

Selaras dengan perubahan dalam orientasi pemilihan kerajaya serta menyokong usaha Kerajaan melalui inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP), Organisasi Latihan Allied menawarkan kursus Lesen Penyenggaraan Kapal Terbang (DCAM PART-66 CATEGORY A1) khusus untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Program di bawah pemantauan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM) berlangsung selama tiga tahun iaitu dua tahun untuk tempoh penyediaan membabitkan 12 modul latihan yang diluluskan oleh DCAM dan satu tahun penuh dengan pihak Maintenance, Repair & Overhaul (MROs) bagi pendedahan industri.

Keseluruhan program meliputi 30 peratus teori dan 70 peratus amali serta struktur latihan ini amat sesuai untuk pelajar yang lebih cenderung dalam bidang kemahiran berbanding akademik.

Program Lesen Profesional juga boleh dilengkapi dengan tahap kelayakan diploma bagi yang berminat.

Selain penawaran kursus profesional ini yang dimantapkan dengan modul pembangunan modal insan, Allied juga mempunyai kelebihan atau kemudahan lain seperti suasana pembelajaran berkelas antarabangsa, kemudahan prasarana awam, penginapan mewah dalam suasana kondominium dan kedudukan geografi yang strategik dalam konteks industri penerbangan dan penyelenggaraan pesawat.

Selaras itu, Allied turut mengadakan sesi taklimat teknikal dan klinik pengetahuan kepada pelajar (khususnya pelajar lepasan SPM 2016) yang cenderung dalam bidang kejuruteraan dan penyelenggaran pesawat.

Pelajar dan ibu bapa yang berminat boleh menghubungi Allied di talian 03-7887 7121, 017-804 7121 (Cik Noraimah) atau +60 17-949 8121 (Encik Mohan).

Allied adalah sebuah ATO (Approved Training Organization; ATO/2016/01-P) atau Organisasi Latihan Yang Diluluskan DCA.

Disiarkan pada: June 12, 2017 @ 12:38pm
d