bestari

Pelajar MSU College sedekah bubur lambuk

Seramai 50 penuntut School of Hospitality, Education & Business Studies, MSU College Kota Bharu, dibantu pensyarah bergotong-royong memasak bubur lambuk menerusi program Bubur Lambuk, #Ramadhangiving, baru-baru ini.

Aktiviti tahunan ini memberikan pendedahan kepada siswa berkenaan aktiviti khidmat sukarela di samping mendekati komuniti melalui pengagihan bubur lambuk.

Persiapan dilakukan seawal jam 8.30 pagi untuk menyediakan bahan yang diperlukan memasak empat kawah bubur lambuk.

Kira-kira 2,000 bungkusan bubur lambuk dihasilkan dan diagihkan kepada orang awam sekitar kolej, pengguna jalan raya dan Masjid Langgar, Kota Bharu.

Menerusi program ini juga ia mengeratkan hubungan baik antara pihak kolej dan komuniti setempat.

Kemahiran insaniah penuntut juga dapat dimantapkan menerusi program ini, sekali gus dapat membentuk sikap positif dan nilai murni.

Apa yang diharapkan, melalui aktiviti sebegini ia dapat menjadi platform kepada siswa terbabit dalam aktiviti jalinan komuniti.

Paling utama usaha ini adalah selari dengan hasrat menghidupkan budaya, amalan bersyukur dan bersedekah dalam kalangan warga MSU College.

Disiarkan pada: June 19, 2017 @ 12:35pm
d