bestari

Kembara GISO ke Kemboja

Oleh HM Digital

Peserta Global Islamic Student Outreach (GISO) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terdiri daripada 17 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan seorang pegawai pengiring, Dr Sakinah Ali Pitchay menyantuni masyarakat Kemboja selama lima hari bermula dari 25 hingga 29 Julai lalu dengan tema Pengembaraan Islam ke Empayar Khmer, Kemboja.

Program mendapat respons amat positif daripada masyarakat Kemboja sekali gus membantu dalam mencapai objektif program.

Antara aktiviti menarik adalah di Kampung Duen Pen sendiri seperti program khidmat kesihatan ‘Ops Kutu’ dan aktiviti berus gigi untuk kanak-kanak yang dijalankan serentak ketika hari pertama di sana selain ‘Bijak ICT Click!’ dan ‘Women Day’ yang menyasarkan remaja dan dewasa.

Lokasi dikunjungi antaranya Kampung Duen Pen, Surau Duen Pen, Madrasah Tahfiz Al Ridwan selain lawatan ke beberapa tempat lain yang menarik serta bersejarah di Phnom Penh seperti Muzium Tuol Sleng Genocide dan Pasar Tmer.

Disiarkan pada: August 28, 2017 @ 2:47pm
d