bestari

Hayati kemerdekaan

Oleh Fazurawati Che Lah

Sambutan bulan kemerdekaan menyaksikan pelbagai institusi pendidikan melaksanakan program bagi menyokong serta menyatakan semangat patriotisme.

Seramai 100 orang terdiri daripada staf dan pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaya (UM) mengambil kesempatan mengadakan program FSKTM Merdeka Walk 2018, baru-baru ini.

Dekan FSKTM Prof Dr Abrizah Abdullah berkata, kesedaran dalam kalangan warga kampus berkenaan pentingnya kemerdekaan dan mempertahankan kebebasan negara supaya semangat cintakan negara terus subur serta tidak lenyap ditelan masa.

Katanya, bagi acara itu peserta perlu menamatkan aktiviti berjalan kaki mengelilingi kampus UM sebelum bergerak ke beberapa ‘stesen’ aktiviti bagi menyiapkan tugasan yang disediakan.

“Menariknya, selain aktiviti berjalan, setiap kumpulan juga diminta mempersembahkan nyanyian lagu patriotik.

“Secara tidak langsung, aktiviti ini membantu pencapaian objektif program yang ingin menanam sifat menghargai kemerdekaan,” katanya.

Sementara itu di Sabah pula, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent menganjurkan Pertandingan Mewarna-Kreativiti Kanak-kanak.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik berlangsung antaranya Pertunjukan Pakaian Beragam Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna-Kreativiti Kanak-Kanak, Ciptaan Kreatif Merdeka Kitar Semula dan nyanyian kemerdekaan kanak-kanak.

Penganjuran ini mendapat kerjasama Pusat Komuniti dan Lestari Universiti Malaya (UMCares) menerusi pelaksanaan Modul Tuninipot Literasi-Kreatif Kanak-Kanak Orang Ajusteru.

Aktiviti itu, bertujuan menyuntik semangat sayangi Malaysia dalam kalangan kanak-kanak dan seterusnya menghayati erti kemerdekaan Malaysia.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan UM Dr Mohd Nazri Abdul Rahman, selain menyemarakkan semangat patriotisme kepada si cilik, program itu dapat mengangkat nilai dan tradisi masyarakat Orang Asal sebagai jati diri kanak-kanak yang perlu dipertahankan.

Disiarkan pada: September 17, 2018 @ 12:59pm
d