bestari

Kecekalan jamin kejayaan

Oleh Fazurawati Che Lah

Kita sering tertanya-tanya, jika diberi segala kelebihan, adakah ia membantu membentuk masa hadapan yang lebih baik? Apakah kunci kejayaan dalam kehidupan, IQ atau sikap seseorang?

Umpamanya, A dan B dibesarkan dalam situasi yang berbeza. A adalah pelajar yang datang daripada keluarga mewah, mendapat pendidikan yang lengkap dan terbaik dengan suasana belajar selesa.

B pula dibesarkan secara sederhana, malah kurang mampu untuk mengikuti kelas tambahan. B hanya menggunakan apa saja peluang yang ada untuk mencapai cita-citanya.

Situasi A lebih menjanjikan masa hadapan yang lebih meyakinkan berbanding B. Namun begitu, apabila meningkat dewasa, B lebih berjaya dalam kehidupannya.

Perbandingan sebegini ialah contoh biasa diperlihatkan untuk menunjukkan penentu kejayaan dalam kehidupan seseorang adalah nilai yang tidak kita jangkakan kepentingannya iaitu kecekalan.

Kecekalan adalah faktor penting untuk mengekalkan prestasi dan kekal konsisten malahan melatih daya tahan seseorang dalam menangani kegagalan.

Oleh itu, usaha yang gigih dan sistematik menyumbang kepada pembentukan jati diri seseorang dalam usaha mengecapi kecemerlangan dalam kehidupan.

Menerusi kaedah KUMON, setiap pelajar akan diuji keupayaannya, pelajar akan memulakan pembelajaran berperingkat yang efektif secara progresif pada tahap sesuai berdasarkan daya upaya individu itu.

Keunikan kaedah ini terletak kepada kaedah pembelajaran kendiri mengikut keupayaan pelajar dan yang menariknya.

Menariknya KUMON akan mendorong dan membimbing pelajar untuk memahami setiap kesalahan yang dilakukan serta memikirkan penyelesaian alternatif untuk membetulkan kesilapan.

Disiplin dan kecekalan yang ditekankan di pusat KUMON bukan saja boleh diguna pakai di dalam bilik darjah, malah nilai ini dapat membantu melengkapkan jati diri pelajar di luar kelas, seterusnya dalam mengecapi kejayaan dalam kehidupan.

Sempena penghujung tahun ini, KUMON menawarkan promosi istimewa, pelajar berusia 4 hingga 17 tahun boleh menikmati kelas pembelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris selama satu bulan setengah dengan hanya membayar yuran untuk satu bulan saja.

Daftar sebelum 9 November 2018 dengan menghubungi 1800-88-1010 atau layari laman www.kumonmalaysia.com.

Disiarkan pada: October 22, 2018 @ 1:09pm
d