bestari

Pengisian cuti semester

Oleh Fazurawati Che Lah

ADA segelintir penuntut universiti mampu mengumpul lebih RM4,000 sepanjang tempoh musim cuti semester. Nilai itu amat besar sekiranya dimanfaatkan penuntut untuk menambahkan duit poket bagi memulakan pengajian pada semester akan datang.

Keadaan ini membuktikan penuntut kini bijak mencari wang terutama setiap kali cuti semester, malah ada yang tidak sabar untuk bekerja sebaik tamat peperiksaan semester akhir.

Pelbagai pekerjaan dilakukan antaranya menjadi pembantu pejabat, pembantu penyelidik, juruwang di pasar raya atau pencuci.

Penuntut Sarjana Pengajian Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (APMUM), Nurul Asmaa Akmal Md Din, 23, mengakui mampu meraih lebih RM2,000 sebulan dengan melakukan kerja sebagai pencuci pada cuti semester lalu.

Katanya, sebaik tiba cuti semester, dia tidak melepaskan peluang melakukan kerja sambilan sejak awal pengajian pascasiswazah bagi menampung perbelanjaan harian dan yuran pengajian.

Memilih untuk menjadi pencuci biarpun mempunyai kelayakan akademik dan dia tidak sedikit pun berasa malu melakukan pekerjaan itu. Malah kerja itu mudah diperolehnya kerana permintaan mencuci dan mengemas sangat tinggi terutama di ibu kota.

“Setiap jam saya dibayar RM16 hingga RM60 bergantung jenis kerja yang dilaksanakan. Selalunya saya melakukan kerja mencuci dan mengemas selama enam atau lapan jam sehari.

Disiarkan pada: July 8, 2019 @ 11:58am
d