bestari

Peluang ikuti program perubatan

Oleh Fazurawati Che Lah

PENAWARAN program perubatan di Management & Science University (MSU) bermatlamat melahirkan lebih ramai pakar perubatan untuk membantu kerajaan mencapai matlamat memperkasakan pembangunan modal insan dalam bidang berkenaan.

Melalui International Medical School (IMS), program perubatan atau MBBS berkenaan ditawarkan di kampus utama MSU di Shah Alam, Selangor dan kampus pesisir antarabangsa MSU di Bangalore, India.

Kualiti program perubatan MSU terbukti apabila kampus pesisir antarabangsa MSU di Bangalore menjadi sekolah perubatan pertama mendapat akreditasi untuk tempoh lima tahun daripada Malaysian Medical Council (MMC).

Program MBBS turut mendapat pengiktirafan badan profesional antarabangsa iaitu Medical Council of India (MCI), Sri Lanka Medical Council (SLMC) dan Maldives Medical and Dental Council (MMDC).

Malah Program MBBS di MSU merangkumi jangka masa lima tahun, selain melalui tiga fasa pengajian.

Fasa pertama dan kedua merangkumi sistem berasaskan modul manakala fasa ketiga pula ialah penempatan berdasarkan pengkhususan seperti Medicine, Surgery, Obstetric & Gynecology, Pediatric, Psychiatry, Primary Care, Orthopedics dan Emergency Medicine.

Selain itu, MSU Medical Centre pula menyediakan kemudahan latihan klinikal kepada pelajar perubatannya.

Selain aspek akademik, pelajar perubatan MSU turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti sukarelawan dan komuniti seperti MyCoral, Hope Project, IMS Meducation Tour, GPS Ramadhan, ECHO Project - Embracing Community Healthcare Outreach, My Chief - Charity, Innovation & Entrepreneur Fiesta dan MSU Medic-Aid Support Squad (MASS).

Pengambilan pelajar baharu program MBBS di MSU bagi sesi Oktober dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), prauniversiti, diploma, A-Level dan matrikulasi.

Disiarkan pada: July 29, 2019 @ 9:28am
d