bisnes

10,000 dijangka sertai zumba

Oleh myMetro

Kuala Lumpur: Watsons Malaysia, peruncit produk kecantikan dan kesihatan kembali dengan penganjuran acara zumba tahunan iaitu Watsons Move Your Body Zumba 2017 yang dijangka mampu menarik lebih daripada 10,000 penyertaan pada kali ini.

Pengurus Besar dan Ketua Negaranya Caryn Loh berkata, acara tahunan zumba itu antara langkah utama menyokong kempen #GETACTIVE yang bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan mengukuhkan Watsons sebagai lokasi beli-belah ideal bagi kecantikan dan kesihatan.

“Watsons dikenali sebagai juara dalam kempen inovatif dan memperkasakan komuniti di sekeliling dengan janji jenama ini iaitu ‘Look Good, Feel Great’, sekali gus terus menyeru warga Malaysia untuk menjadi sihat dan cergas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pada tahun lalu, Watsons Move Your Body Zumba menjadi acara zumba terbesar di Malaysia dengan lebih 5,630 penyertaan tema Zumba ‘Glow In The Dark.

Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh berkata, edisi 2017 bakal dianjurkan pada 21 Oktober 2017 di Sunway Lagoon Surf Beach, di mana ia dijangka menarik lebih ramai penyertaan melalui kerjasama daripada organisasi zumba antarabangsa di Amerika Syarikat iaitu Zumba Fitness.

Menurutnya, Watsons Move Your Body Zumba akan menjadi acara yang ikonik buat kali keempat dianjurkan di mana ia ganjaran khas buat pelanggan dengan pembabitan tenaga pengajar zumba antarabangsa dan juruhebah terkemuka untuk menghiburkan peserta.

“Larian acara ini termasuk kelas Zumba dan Zumba Fitness di seluruh negara akan berlangsung di Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Johor Bahru dan Lembah Klang,” katanya.

Peminat zumba dan ahli VIP Watsons boleh membeli tiket pada harga RM98 di semua cawangan Watsons di Lembah Klang dan Seremban atau membeli secara dalam talian dengan tiket akan dijual bermula 1 Jun 2017.

Orang ramai dan ahli VIP Watsons akan mendapat potongan harga tiket 20 peratus apabila mereka membeli produk daripada jenama yang mengambil bahagian dalam Watson Move Your Body Zumba 2017.

Disiarkan pada: May 30, 2017 @ 2:19am
d