bisnes

Bridgestone Malaysia lancar tayar mesra alam

Oleh Lizam Ridzuan

BRIDGESTONE Tyre Sales (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan tayar mesra alam berprestasi tinggi Passenger Radial Ecopia EP300 sebagai produk keluaran terkini untuk pasaran tempatan.

Tayar EP300 menawarkan produk dengan ciri rintangan putaran yang rendah dan prestasi cengkaman terbaik untuk jalan basah serta tahan lebih lama.

Pengarah Urusannya Jo Takekawa berkata tayar yang diwarisi daripada model Ecopia itu sudah diuji dan dibuktikan mampu menjimatkan bahan api sehingga dua liter dengan satu isian penuh 70 liter berbanding tayar konvensional.

"Ia dihasilkan daripada pandangan pengguna dan digabungkan dengan teknologi serta inovasi kejuruteraan Bridgestone menghasilkan produk EP300 untuk pilihan lebih baik dan selamat bagi kegunaan kenderaan," katanya ketika pelancaran di Subang Jaya, hari ini.

Selain sebagai produk mesra alam ia turut menyumbang kepada pengurangan gas karbon dioksida hasil rintangan putaran rendah dan dalam masa yang sama pengguna tayar ini dapat membantu menjaga alam sekitar.

Tayar EP300 sesuai untuk kegunaan kereta penumpang dengan corak bunga tayar baru untuk pengendalian lebih baik dan mengurangkan bunyi bising.

Disiarkan pada: June 8, 2017 @ 1:10pm
d