bisnes

ADNB sasar jual 5,000 kotak sebulan

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: AD Najwa Beauty (ADNB), pengedar produk kecantikan wajah menyasarkan untuk menjual lebih 5,000 kotak sebulan selepas mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelanggan khususnya golongan Muslimah sejak dilancarkan Januari lalu.

Pengasas dan Pengarah ADNB Nor Diana Nasaruddin berkata, sejak produk D’Beauty Foundation dan D’Beauty Lip Matte dilancarkan, pemintaan diterima dari seluruh negara meningkat setiap minggu.

Beliau berkata, pihaknya gembira apabila produk keluaran terbaru ADNB diterima kerana ia 100 peratus produk keluaran tempatan selain mesra wuduk dan mudah digunakan golongan wanita pada bila-bila masa.

Menurutnya, D’Beauty Foundation mengandungi kandungan mutiara dan minyak argan yang bertindak sebagai penyeri kulit wajah selain berupaya meningkatkan kecerahan kulit wajah serta melindungi kulit daripada sinaran ultra ungu.

“Kadar kandungan SPF50 turut membantu menghalang terjadinya jeragat dan kegelapan kulit wajah selain mesra wuduk dan tidak perlu cuci muka ketika berwuduk serta tekstur foundation yang lembut dan mampu bertahan hingga lapan jam.

“Bukan itu sahaja, D’Beauty Foundation tidak berminyak dan sesuai untuk semua kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat selain harga ditawarkan iaitu RM45 murah dan berpatutan,” katanya.

Katanya, D’Beauty Lip Matte pula adalah gincu bibir yang mengandungi minyak zaitun dan beberapa jenis herba rawatan bagi merawat bibir kering supaya kelihatan cantik serta mungil.

“Selain tampak seksi, menawan dan tahan hingga lapan jam, produk ini 100 peratus halal dan tidak mempunyai bahan kimia terlarang,” katanya.

Beliau berkata, ADNB turut mengintai pasaran Asia selepas mendapat permintaan dari Indonesia dan Singapura.

Disiarkan pada: June 27, 2017 @ 8:26am
d