bisnes

Public Bank perkenal khidmat dompet mudah alih Alipay

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Public Bank menawarkan perkhidmatan dompet mudah alih Alipay bagi memudahkan pembayaran dalam talian dan menggunakan telefon mudah alih.

Perkhidmatan dompet mudah alih Alipay ini memenuhi keperluan pengguna Alipay dari China yang kerap berkunjung dan membeli-belah di Malaysia, menawarkan kemudahan perkhidmatan pembayaran tanpa perlu membawa tunai yang banyak.

Menerusi hubungan perniagaan yang semakin berkembang antara China dengan Malaysia, Public Bank percaya perkhidmatan Alipay yang lancar kepada saudagar baru dan sedia ada membantu meningkatkan jualan mereka melalui 520 juta pengguna Alipay yang aktif.

Ia memberi pengguna Alipay pengalaman beli-belah di Malaysia meliputi pelbagai segmen seperti membeli-belah, makan dan minum serta penginapan hotel.

Disiarkan pada: August 28, 2017 @ 9:13am
d