bisnes

Gudang dalam talian

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Batu Kawan: Pusat beli-belah terkemuka, IKEA merancang membangunkan sistem perdagangan elektronik atau gudang dalam talian di empat rangkaiannya di Malaysia menjelang tahun depan.

Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara Christian Rojkjaer berkata, seiring kehendak semasa, langkah itu bakal merancakkan sistem transaksi dan penghantaran barangan kepada pelanggan serta memudahkan mereka membeli-belah.

Beliau berkata, cawangan terbabit adalah IKEA Damansara, Cheras, Tebrau, Johor Bharu dan Batu Kawan, di Pulau Pinang apabila ia siap kelak pada 2019.

“Bagi Asia Tenggara, sistem ini akan bermula di cawangan kami di Singapura yang dilancarkan dua minggu lagi dan selepas itu sasaran kami di Malaysia menerusi empat cawangan IKEA,” katanya pada Majlis Pecah Tanah tapak pembinaan IKEA Batu Kawan, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Pengurus Cawangan IKEA Batu Kawan Pathmalingam Arumugam.

Katanya, pembinaan IKEA Batu Kawan membabitkan pelaburan RM600 juta dan ia dijangka dibuka suku pertama 2019.

IKEA yang dibangunkan Ikano Pte Ltd itu berkeluasan sehingga 39,979 meter persegi dan dijangka menyediakan lebih 300 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Disiarkan pada: September 13, 2017 @ 4:23am
d