bisnes

Tukar telefon lama dapat model terbaru

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng) mengumumkan telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note8 kini boleh didapati melalui cawangan Senheng dan senQ Digital Station bermula semalam.

Galaxy Note8 ditawarkan dengan kapasiti binaan dalam 6GB RAM dan penyimpanan dalaman 64 GB dan ia didatangkan dalam empat warna iaitu Midnight Black, Orchid Gray dan Maple Gold serta dijual pada harga RM3,999.

Orang ramai berpeluang mendapatkan telefon pintar terbaru itu dan menikmati jaminan tambahan satu tahun dengan mendaftar sebagai ahli program kesetiaan PlusOne di samping pelan pembayaran ansuran sifar kadar faedah untuk tempoh bayaran ansuran pilihan selama 24 bulan.

Senheng turut menawarkan kadar faedah serendah 1.1 peratus bagi pembelian melalui Skim Pembayaran Mudah AEON dengan 500 pelanggan pertama yang membeli dengan skim itu akan menerima kad microSD 32GB dan 5000mAH Power Bank secara percuma.

Tawaran hebat juga disediakan untuk pemegang kad Maybank dengan 500 pemegang kad Maybank pertama yang membeli Galaxy Note8 akan menerima kad microSD 32GB dan 5000mAH Power Bank secara percuma.

Semua tawaran itu bermula hingga akhir Oktober dan setiap unit Galaxy Note8 akan merangkumi satu pek Senheng Mobile Prabayar percuma yang hadir dengan kredit RM6.

Selain itu, Senheng menyediakan program tukar beli khas untuk orang ramai memiliki sebuah Galaxy Note8 baru dengan rebat tukar beli yang menarik menggunakan telefon bimbit lama masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi segera cawangan Senheng atau senQ Digital Station terdekat atau log masuk ke www.senheng.com.my / www.senq.com.my.

Disiarkan pada: September 22, 2017 @ 2:40am
d