bisnes

M Centura dijangka habis dijual menjelang akhir tahun

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Mah Sing Berhad (Mah Sing) optimis fasa pertama projek pembangunan M Centura di Sentul akan terjual 100 peratus selepas dilancarkan akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ho Hon Sang berkata, M Centura adalah hartanah pegangan bebas unit kediaman.

Beliau berkata, M Centura menawarkan bakal pembeli kemudahan mewah di lokasi strategik di tengah ibu negara pada harga indikatif bermula dari RM328,000.

“Sejajar dengan permintaan tinggi untuk rumah mampu milik, kami berharap pelancaran M Centura merealisasikan permintaan rakyat.

“Kami bertekad untuk membangunkan hartanah dan negara dengan membina rumah untuk rakyat terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat,” katanya pada majlis pelancaran Galeri Jualan M Centura, di sini, baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Hadir sama Pengarah Urusan Mah Sing Tan Sri Leong Hoy Kum.

Disiarkan pada: September 23, 2017 @ 12:14am
d