bisnes

Pelaburan RM1 bilion MBM berbaloi

Oleh HM Digital

Pekan: Lebih RM1 bilion dilaburkan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sejak memulakan operasi secara komersial di negara ini pada 2003.

Pelaburan itu membabitkan pengeluaran kenderaan pelbagai segmen, pemasaran, penjualan dan latihan secara berterusan untuk pekerjanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Claus Weidner berkata, pencapaian syarikat itu amat membanggakan dan mereka sedia meningkatkan pelaburan di negara ini dari semasa ke semasa.

“MBM yakin dengan kemampuan dan polisi ekonomi di Malaysia dan kami komited dalam menambah jumlah pelaburan ini untuk terus berkembang sebagai antara jenama diminati pengguna di negara ini.

“Untuk perancangan seterusnya, MBM bercadang melabur dalam bidang kemahiran dengan meningkatkan kemahiran sumber tenaga dimiliki ketika ini.

“Selain itu, MBM juga terus merancakkan pemindahan teknologi dalam usaha menambah produktiviti dengan kualiti tinggi demi kepuasan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika taklimat Pencapaian Suku Ketiga MBM di Kilang Pemasangan MBM Pekan, di sini, semalam.

Disiarkan pada: October 7, 2017 @ 2:03am
d