bisnes

BMW lancar kelab ahli eksklusif

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW Excellence Club, satu program keahlian dan kesetiaan pelanggan untuk semua pemilik BMW 7 Series baru.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Han Sang Yun berkata, berikutan pengenalan BMW 740Le xDrive serba baru pada awal tahun ini, program keahlian eksklusif yang baru itu nyata mendefinisikan semula pengalaman pemilikan premium.

“Ia membolehkan pemilik baru dan sedia ada BMW 7 Series menikmati pelbagai keistimewaan seperti program concierge khas, menghadiri acara tertutup, perkhidmatan valet eksklusif di beberapa lokasi terkenal seluruh negara, keutamaan penjadualan temu janji di premis elit dan akses ke lounge premium,” katanya.

Disiarkan pada: October 16, 2017 @ 7:25am
d