bisnes

INSKEN sasar 600 sertai sidang

Oleh HM Digital

Petaling Jaya: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), menyasarkan penyertaan 600 syarikat bagi acara penganjurannya iaitu Sidang Kemuncak Pemasaran Global: Jual Jenama Anda ke Dunia yang akan berlangsung pada 16 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Muhd Firdaus Azharuddin berkata, penyertaan dibuka kepada semua syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan di mana mereka berpeluang mempelajari dan mengaplikasikan prinsip serta falsafah usahawan antarabangsa yang akan berkongsi pengalaman serta pandangan dalam usaha mencipta jenama global berjaya.

“Acara ini bertujuan mengenal pasti kesilapan umum sering dilakukan dalam perniagaan dan memberi ulasan mendalam mengenai perkembangan perniagaan dijalankan,” katanya pada majlis pra-pelancaran Sidang Kemuncak Pemasaran Global: Jual Jenama Anda ke Dunia di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Husni Salleh.

Disiarkan pada: October 17, 2017 @ 6:57am
d