bisnes

'Demi negaraku' kata Bellew

Oleh Reuters

RASA tanggungjawab terhadap negara asalnya mempengaruhi keputusan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew untuk meninggalkan syarikat itu dan bekerja semula di Ryanair Ltd.

Warga Ireland, Bellew hari ini berkata, kepulangannya ke Ryannair adalah kerana “cinta kepada negara” dan beliau tidak dapat menolak tawaran untuk membantu syarikat yang dalam pergelutan itu.

“[Ryanair] adalah syarikat paling gemilang Ireland. Mereka memerlukan bantuan saya dan ia satu cabaran besar. Ia satu perkhidmatan kepada kegara,” katanya dalam kenyataan peribadi dan bukan bagi pihak MAB.

Semalam, Ryanair mengumumkan bahawa Bellew yang pernah kerkhidmat sebagai bekas pengarah operasi penerbangannya akan kembali sebagai ketua pegawai operasinya, 1 Disember ini.

Antara tugas Bellew nanti termasuk melihat semula isu juruterbang yang mengakibatkan pembatalan kira-kira 20,000 penerbangan Ryanair.

Malaysia Airlines berkata, keputusan Bellew itu tidak di jangka dan lemabaga pengarahnya akan bermesyuarat bagi membincang langkah seterusnya.

Keputusan Bellew selepas hanya setahun mengambil alih bermakna MAB perlu melantik Ketua Pegawai Eksekutif ketiga dalam tiga tahun.

Berita berkaitan:

Bellew tinggalkan MAB

Disiarkan pada: October 18, 2017 @ 3:43pm
d