bisnes

Maybank Islamic terbaik di dunia

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Maybank Islamic Berhad (Maybank Islamic), institusi perbankan Islam terbesar di Malaysia dan rantau Asia Tenggara muncul sebagai Institusi Kewangan Islam Dunia Terbaik di Anugerah Global Finance yang berlangsung di Washington DC.

Malah, Maybank Islamic turut diiktiraf sebagai Bank Sukuk Dunia Terbaik serta Penyedia Pelaburan Jangka Pendek Patuh Shariah Dunia Terbaik, masing-masing adalah kemenangan kedua berturut-turut bagi kategori yang sama.

Maybank Islamic dalam satu kenyataan berkata, institusi perbankan Islam itu juga dinamakan sebagai Institusi Kewangan Islam Terbaik bagi rantau Asia Pasifik di samping meraih anugerah negara bagi Malaysia dan Singapura.

Ketua Perbankan Islam Maybank Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Datuk Mohamed Rafique Merican mewakili institusi itu menerima anugerah terbabit dalam satu majlis yang diadakan ketika Mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)-Bank Dunia pada 14 Oktober lalu.

“Kami berbangga dan gembira diiktiraf sebagai Institusi Kewangan Islam Terbaik Dunia selepas memenangi anugerah terbaik di Asia Pasifik sebanyak empat kali sejak 2012,” katanya.

Disiarkan pada: October 19, 2017 @ 7:26am
d