bisnes

HUAWEI Mate 10 Pro kukuh kedudukan hasil imej cemerlang

Oleh Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Huawei Mate 10 Pro meraih 97 mata keseluruhan dalam penarafan diberikan DxOMark mengatasi jenama global lain.

DxOMark adalah sumber pengukuran dan penarafan kualiti imej dipercayai dan terkemuka untuk telefon pintar, kamera dan kanta sejak 2008.

Penarafan terbabit memberikan pengiktirafan serta mengukuhkan kedudukan HUAWEI Mate 10 Pro sebagai telefon pintar dengan ciri fotografi cemerlang.

Timbalan Pengarah Negara Perniagaan Pengguna Kumpulan (Malaysia) HUAWEI Matthew Ng berkata, syarikat menyedari semakin banyak pengguna bergantung kepada telefon pintar untuk menghasilkan imej dan video berkualiti tinggi.

“Dengan teknologi kepintaran buatan (AI), siri baru Mate 10 mempunyai kelebihan menghasilkan imej fotografi profesional lebih hidup serta meningkatkan fotografi mudah alih ke tahap baru,” katanya.

Warna ditawarkan Mate 10 Pro termasuk coklat, hitam, emas dan emas merah jambu.

Disiarkan pada: October 26, 2017 @ 8:35am
d