bisnes

SME lancar Galaxy Studio di Jalan Bukit Bintang

Oleh Wan Nur Ameera Meor Rozman

Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics (SME) kini melancarkan Samsung Galaxy Studio (Galaxy Studio) di Jalan Bukit Bintang untuk memberikan peminat Samsung di Malaysia peluang meneroka dan menguasai barisan peranti Samsung terkini.

Ketua IT & Perniagaan Peranti SME, KM Liew berkata, pembukaan Galaxy Studio pertama di Malaysia mampu menawarkan pengalaman mencuba dan keseronokkan terhebat untuk peminat Samsung di Kuala Lumpur.

“Ini peluang baik untuk mereka mengenali dengan lebih dekat produk Samsung yang inovatif,” katanya pada majlis pelancaran Samsung Galaxy Studio, di sini, semalam.

Selain Malaysia, Galaxy Studio yang terletak di lokasi ikonik seluruh dunia termasuk Westfield Parramatta di Sydney, Stockholm Central Station, Dubai Mall dan Hong Kong’s Excelsior Plaza yang menarik hampir 900,000 pengunjung.

Disiarkan pada: October 27, 2017 @ 7:51am
d