bisnes

Pelan lindungi pesakit diabetes

Oleh Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Allianz Life Insurance Malaysia Bhd memperkenalkan insurans bagi penghidap kencing manis tahap dua iaitu Allianz Diabetic Essential yang menawarkan perlindungan perubatan khusus kepada mereka.

Penghidap kencing manis yang tidak memiliki pelan perubatan boleh mendapatkan Allianz Diabetic Essential manakala bagi mereka yang sudah memiliki insurans boleh meningkatkan perlindungan yang ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Joseph Gross berkata, produk itu menawarkan perlindungan komprehensif dengan empat pilihan pelan perubatan yang dapat membantu membiayai kos hospital, pembedahan, unit jagaan rapi dan memperoleh pilihan perubatan kedua.

“Kami percaya rakyat Malaysia berhak mendapat perlindungan perubatan lebih baik dan jika mereka memerlukan perlindungan seumpama ini, kami ingin menawarkan peluang terbabit kepada mereka,” katanya pada pelancaran Allianz Diabetic Essential di sini.

Beliau berkata, pelan itu memberi peluang kesejahteraan kepada pesakit diabetes.

Disiarkan pada: November 14, 2017 @ 2:21am
d