bisnes

Mohamad Shukor Ketua Pegawai Eksekutif BTO

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan pelantikan Mohamad Shukor Ariffin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Big Tree Outdoor (BTO) berkuat kuasa 16 November lalu.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, beliau akan bertanggungjawab mengawasi operasi keseluruhan BTO, syarikat Pengiklanan Luar Rumah (OOH) terbesar di Malaysia.

Beliau yang juga graduan Universiti Bradford, United Kingdom dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekonomi akan memberi tumpuan terhadap pengukuhan perniagaan teras syarikat di samping mengejar peluang baru sejajar dengan strategi pertumbuhan jangka panjang Media Prima.

Pengerusi BTO, Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin berkata, pihaknya berpuas hati dengan pelantikan Shukor dan percaya beliau akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan BTO sebagai peneraju perkhidmatan Pengiklanan Luar Rumah (OOH) yang terkemuka di Malaysia.

Disiarkan pada: November 22, 2017 @ 7:44am
d