bisnes

14 ahli VIP Watsons terima vivo V7+

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Seramai 14 pemegang kad VIP Watsons bertuah dinobatkan sebagai pemenang dan membawa pulang speranti pintar vivo V7+ bersempena peraduan Padankan Resit Tukar. Jimat. Menang Watsons dan Vivo.

Peraduan berkenaan dijalankan seiring dengan pelancaran vivo V7+ yang berlangsung 14 hari berturut-turut bermula 9 hingga 22 Oktober lalu diadakan bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan yang membeli barangan jenama Watsons yang sepadan dengan jumlah perbelanjaan harian rawak.

Pemenang diumumkan melalui Facebook Watsons setiap hari sepanjang tempoh peraduan.

Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh berkata, menerusi kerjasama dengan vivo, pihaknya berharap dapat memberikan produk eksklusif yang relevan, berteknologi dan mempunyai pelbagai fungsi kepada pelanggan setianya.

“Kami ingin ahli VIP Watsons menikmati pengalaman membeli-belah produk Watsons pada harga berpatutan dan dalam masa sama menawarkan ganjaran kepada mereka,” katanya pada majlis penyampaian hadiah peraduan Padankan Resit Tukar. Jimat. Menang Watsons dan Vivo, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Jenama vivo Malaysia, Alex Tan Ming Dong.

Peraduan berkenaan turut dianjur untuk menggalakkan ahli VIP dan pelanggan bertukar kepada kualiti hebat dengan penjimatan baik bersama produk jenama Watsons.

Disiarkan pada: November 24, 2017 @ 3:26am
d