bisnes

Lancar rangkaian terbaru tilam Love Series

Oleh Sofyan Rizal Ishak

Petaling Jaya: Goodnite Sdn Bhd, pembekal jenama tilam terkemuka Goodnite memperkenalkan siri produk terbarunya Love Series yang menawarkan reka bentuk elegan dan praktikal kepada pengguna.

Pengarah Urusannya Teo Yek Ming berkata, siri produk itu menawarkan tiga pilihan berbeza iaitu Forever Love, True Love dan Eternal Love dengan rekaan pocket spring lima zon yang direka mengikut bentuk badan pengguna, sistem spring perlindungan tulang belakang iaitu gelung berganda (DPC) dan penyelidikan terkini iaitu kain organik kelapa sawit.

“Ketiga-tiga elemen reka bentuk ini memenuhi keperluan rehat pengguna dan memberikan peluang untuk menikmati tidur lena dan nyenyak,” katanya pada pelancaran siri produk tilam terbaru Goodnite 2017 Love Series di sini, semalam.

Produk terbabit menggunakan teknologi antistatik Statfree yang menggunakan tenunan kain serat karbon bagi pembuatan fabrik tilam di mana ia meneutralkan cas negatif badan dan memastikan tidur berkualiti serta mempunyai fungsi anti habuk dan hama.

Siri produk tilam Love Series yang terbahagi kepada tiga pilihan itu ditawarkan pada saiz queen dan king dengan harga bermula RM1,999 hingga RM5,199 (tilam saja).

Beliau berkata, syarikat bakal memperuntukkan pelaburan RM5 juta bagi kempen pengiklanan dan promosi bagi siri produk tilam 2017 itu sepanjang tahun depan.

Disiarkan pada: November 29, 2017 @ 4:15am
d