bisnes

Galak tabiat menabung

Oleh Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) menggesa rakyat Malaysia mengamalkan tabiat tabungan, sebagai sebahagian daripada saranan nilai pelanggan yang holistik dan pada masa sama membantu pelanggan merealisasikan cita-cita mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB, Samir Gupta berkata, cadangan nilai pelanggan CIMB yang kukuh disokong oleh janji jenama Kumpulan, ‘Ke Hadapan’ untuk memajukan impian, matlamat dan aspirasi pelanggan.

“Kehadiran kami adalah untuk membantu para pelanggan dalam memacu setiap peringkat kitaran hayat mereka serta mengenal pasti peluang yang dapat meningkatkan kewangan mereka.

“Kami percaya penjimatan adalah komponen pertama dalam setiap perancangan kewangan, tanpa merasakan sukar untuk mempertimbangkan aspek lain seperti insurans, pelaburan dan perancangan persaraan,” katanya, semalam.

Dalam menjadikan sikap tabungan dan simpanan menjadi lebih menyeronokan, CIMB menawarkan pelanggan bertuah enam patung Octo edisi terhad masing-masing mewakili kerjaya idaman seperti ahli arkeologi, artis, cef, pengarah, ahli magis dan juruterbang.

Bermula dari 1 DIsember tahun lalu sehingga 31 Mei depan, pelanggan yang menyimpan sebanyak RM3,000 ke dalam Akaun Semasa atau Akaun Simpanan CIMB berpeluang untuk mendapat satu patung istimewa.

Disiarkan pada: January 4, 2018 @ 8:41am
d