bisnes

Masnizam CEO baru Prasarana

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) mengumumkan pelantikan Masnizam Hisham sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) yang baru.

Kementerian Kewangan berkata, pelantikan itu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana Integrated Management and Engineering Services Sdn Bhd (PRIME) iaitu anak syarikat milik penuh Prasarana menggantikan Datuk Seri Azmi Abdul Aziz yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember lalu.

Katanya, selaku CEO PRIME, Masnizam bertanggungjawab memastikan kejayaan projek tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro-Southern Line (MMMSL) di Arab Saudi, latihan pekerja Transit Aliran Massa (MRT) Jakarta dan pembangunan infrastruktur Prasarana termasuk perolehan tren, bas dan pembinaan depot.

Pelantikan beliau bertepatan dengan penambahan peranan Prasarana merangkumi pengoperasi Transit Aliran Ringan (LRT), Monorail, MRT, bas Rapid, Feri Pulau Pinang.

Disiarkan pada: January 19, 2018 @ 12:09am
d