bisnes

Impian Julian kini nyata

Oleh Samsung

Mustahil... Inilah perkataan ‘mistikal’ yang sering menjadi batu penghalang untuk membolehkan kita menapak jauh ke hadapan menempa kejayaan.

Lebih-lebih lagi ketika ia dikatakan hanya mampu bermimpi mencapai impian yang tak pernah dikecapi orang lain sedangkan ungkapan ‘mustahil’ itu hanya akan mencacatkan langkah. Begitulah kisahnya kepada atlet negara, Julian Yee.

Walaupun Malaysia merupakan negara beriklim tropika yang tidak pernah diselubungi salji, namun Julian mampu membuktikan dengan sepatu luncur aisnya laju menerpa di depan.

Detik bersejarah seperti itu cukup membanggakan apabila melihat Jalur Gemilang diarak masuk ketika majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang di Korea Selatan.

Siapa sangka peluncur ais negara, Julian Yee yang diberi tanggungjawab sebagai pembawa bendera buat Malaysia di Stadium Olimpik Pyeongchang membuka langkah mengatasi perkataan mustahil terbabit.

Ia satu detik paling berharga buat negara kerana Malaysia tidak pernah bertanding pada Sukan Olimpik Musim Sejuk sebelum ini.

Sekali lagi, tiada perkataan mustahil dalam kamus Julian.

Kisah Julian dianimasikan melalui filem pendek 2:24 saat dan manisnya, animasi filem terbabit dilakar hanya menggunakan Samsung Galaxy Note8 dan nyawanya, S Pen.

Siapa sangka, kisah cita-cita Julian dapat diterjemahkan hanya melalui peranti dengan pen yang menghasilkan animasi hebat sekali gus membuktikan mustahil itu bukan segala-galanya. Di depan mata pun semua boleh terlaksana.

Jika Julian boleh membuat magis di atas ais, Note8 ada magisnya ketika di tangan pengguna.

Kisah Julian dianimasikan dalam #DoWhatYouCant yang indah dan memberi pengajaran berguna iaitu anda jangan sekali-kali melepaskan impian hanya kerana cabaran di depan terlalu menggunung.

Tiada perkataan 'jika','kalaulah' atau 'mungkin' yang patut meragui diri anda sendiri.

Marilah kita tonton bersama-sama sebuah filem pendek bertajuk “Julian and His Magical Skates” menerusi laman web di alamat http://www.samsung.com/my/magicalskates/.

Disiarkan pada: February 26, 2018 @ 3:39pm
d