bisnes

Mantap fasa ke-2 Affinity

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Affin Bank Bhd akan memberi tumpuan membina kemampuan perbankan digitalnya melalui peningkatan analisis bagi membina hubungan lebih baik dengan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, pihaknya terus menumpukan usaha mengembangkan segmen pertumbuhan yang disasarkan.

“Ia termasuk meningkatkan produktiviti melalui automasi dan menumpukan pengalaman pelanggan,” katanya.

Menurutnya, antara pelan transformasuk strategik kumpulan ialah memberi tumpuan kepada fasa kedua inisiatif AFFINITY.

“Program AFFINITY berada pada landasannya untuk terus mencatatkan pertumbuhan.

“Kami memberi tumpuan kepada fasa kedua inisiatif program tiga tahun AFFINITY bagi memperbaiki pendapatan dan keberkesanan operasi,” katanya di sini, semalam.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, Affin Bank mencatatkan keuntungan bersih RM424.43 juta manakala perolehannya meningkat kepada RM1.56 bilion berbanding RM1.32 bilion.

Bagi suku tahun keempat berakhir 31 Disember 2017, untung bersih bank berkenaan meningkat kepada RM176.11 juta berbanding RM129.95 juta pada suku sama 2016.

Perolehan pula naik kepada RM534.7 juta berbanding RM358.68 juta sebelumnya.

Disiarkan pada: March 2, 2018 @ 4:09am
d