bisnes

Neffos sasar kedudukan lima pengeluar telefon pintar utama

Oleh Afiq Hanif

Kuala Lumpur: Neffos berhasrat berada dalam kedudukan lima teratas sebagai pengeluar telefon pintar yang utama di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif TP Link Technologies Co Ltd Jason Xu berkata, berdasarkan kekuatan syarikat berkenaan, Neffos mampu mencapai sasaran ditetapkan.

“Kami percaya pada teknologi kami dan yakin ia mampu memberikan pengguna produk yang menepati keperluan mereka,” katanya pada majlis pelancaran Neffos N1 di sini, semalam.

Neffos N1 dilancarkan dengan fungsi hebat termasuk dua kamera 12 megapiksel dengan fokus gambar kepada mod potret.

Kamera Neffos N1 dikuasakan dengan Sony IMX 386.

Telefon model terulung Neffos itu membolehkan pengguna mendapatkan Internet laju dengan dwi isyarat antena yang menambah kelajuan isyarat untuk masuk ke dalam telefon pintar.

Ia mempunyai pemprosesan MediaTek Helio P25 2.6GHz selain RAM 4GB.

Manakala, storan pula 64GB berdasarkan skrin lima inci 1080p.

Neffos N1 ditawarkan pada harga RM1,099.

Disiarkan pada: March 16, 2018 @ 10:21am
d