bisnes

Lancar Nova 2 Lite

Oleh Afiq Hanif

Shah Alam: Huawei melancarkan Nova 2 Lite yang mempunyai keupayaan spesifikasi hebat yang ditawarkan pada harga mampu milik.

Timbalan Pengarah Negara Perniagaan Pengguna Kumpulan (Malaysia) Huawei, Matthew Ng berkata, syarikat menyedari keperluan berbeza pengguna yang mahukan peranti berspesifikasi tinggi pada harga patut.

“Huawei Nova 2 Lite ada semuanya dan lebih penting ia tidak membebankan kewangan pengguna,” katanya selepas pelancaran Nova 2 Lite di sini, semalam.

Selepas kejayaan model Nova 2i, Huawei sekali lagi menampilkan telefon pintar daripada keluarga sama iaitu Nova 2 Lite dengan mengekalkan selebriti Hannah Delisha sebagai duta.

Lebih menarik, model telefon yang dilancarkan itu berharga RM799 saja dengan tiga lensa.

Huawei Nova 2 Lite memukau sebagai telefon kelas pertengahan dengan paparan FullView pada skrin 5.99 inci.

Disiarkan pada: March 16, 2018 @ 10:22am
d