bisnes

MYDIN jual produk runcit di platform Shopee

Oleh Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: MYDIN Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) menjalin kerjasama dengan Shopee sebagai usaha mengukuhkan kehadirannya dalam segmen peruncitan dalam talian selepas melancarkan MYDIN Online tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, kerjasama strategik rangkaian pasar raya itu memberi peluang kepada orang ramai melakukan pembelian di kedai rasminya dalam platform dalam talian itu.

“Rancangan kami mudah iaitu menawarkan kemudahan kepada pelanggan supaya boleh mendapatkan pelbagai pilihan produk yang memberi nilai tambah kepada perbelanjaan mereka.

“Kami adalah organisasi yang mempunyai rangkaian fizikal, jadiusaha mengembangkan segmen peruncitan dalam talian ini memerlukan rakan kongsi yang komited seperti Shopee.

“Kami pasti kerjasama ini membuahkan hasil kerana yakin kelebihan dan pengalaman dimiliki Shopee,” ka tanya di sini, semalam.

Menerusi usaha sama itu, sembilan juta pengguna Shopee di negara ini berpeluang mendapatkan lebih 2,000 produk MYDIN seperti barang runcit, produk penjagaan bayi dan produk Muslim dengan mudah.

Disiarkan pada: March 23, 2018 @ 1:11am
d