bisnes

Jom ke Karnival UDA Playland

Oleh Alias Abd Rani

Kuala Lumpur: Kadangkala ibu bapa berdepan kesukaran membawa anak-anak mereka menghadiri pameran lebih-lebih lagi pameran hartanah.

Apa tidaknya, anak-anak mudah bosan menyebabkan mereka merengek untuk pulang awal.

Karnival UDA Playland memahami situasi berkenaan apabila menyediakan pelbagai aktiviti menarik bukan sahaja untuk ibu bapa malah anak-anak.

Bertempat di Crescent Dew Clubhouse di Bertam, Pulau Pinang, karnival dianjurkan UDA Property ini berlangsung selama dua hari bermula 7 April in dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk kanak-kanak. Antaranya belon udara panas yang dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi, selain melukis ‘swan’ gergasi menggunakan tapak tangan.

Terdapat juga ‘Bouncy Castle’ untuk semua peringkat umur yang mana kanak-kanak boleh merasai diri mereka seperti raja atau permaisuri.

Lebih menarik, karnival ini turut memberi peluang kepada pengunjung mengambil kucing untuk dijadikan anak angkat apabila UDA Property bekerjasama dengan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Pulau Pinang.

Sekiranya bertandang ke mana-mana program, ia seperti tidak lengkap jika tidak mengambil gambar kenangan. Jadi, sesi bergambar di booth turut disediakan.

Selain itu, terdapat booth tadika yang dibuka untuk membolehkan ibu bapa membuat pilihan sebelum membuat keputusan menghantar anak-anak mereka.

Bagi golongan dewasa, tidak perlu sekadar melihat anak mereka bermain kerana penganjur juga menyediakan pelbagai aktiviti.

Ada acara eksklusif Red Carpet Deals pada Sabtu bermula jam 9 pagi dengan tawaran sembilan hadiah menarik termasuk dua hadiah misteri. Untuk mendapatkan hadiah itu, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu.

Turut diadakan bicara hartanah bersama beberapa pakar antaranya Faizul Ridzuan dan Sifu Safwan dari Sifufbads (Pakar Facebook Marketing). Jangan lepaskan peluang untuk mendalami ilmu hartanah bersama mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook UDA Property atau mendaftar secara atas talian di UDA PLAYLAND CARNIVAL @NORTH.

Disiarkan pada: April 4, 2018 @ 12:00pm
d