bisnes

Ramasamy Timbalan CEO Kumpulan Automotif Naza

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Naza Corporation Holdings Sdn Bhd melantik Ramasamy Devaraju sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Automotif, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings, Datuk Samson Anand George berkata, Ramasamy yang memiliki pengetahuan luas dalam segmen operasi automotif akan memberi manfaat kepada perniagaan luas automotif kumpulan.

“Pengetahuan dan kepakaran beliau menjadi kunci dalam meningkatkan operasi kumpulan automotif kami,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai jurutera kereta dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri, Ramasamy sebelum ini pernah bekerja di India dan Timur Tengah, menguruskan operasi runcit kereta di syarikat seperti Hindustan Motors, Tata Motors dan Mercedes-Benz India.

Disiarkan pada: April 5, 2018 @ 10:52am
d