bisnes

7,000 terjual selepas 4 hari dilancarkan

Oleh Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Huawei merekodkan prestasi jualan memberangsangkan bagi model Nova 2 lite, iaitu 7,000 unit selepas empat hari dilancarkan pada harga RM799.

Pengarah Negara Huawei Malaysia Bill Liu berkata, pihaknya berjaya menawarkan produk berteknologi tinggi kepada pelanggan.

“Huawei Nova 2 lite adalah bukti komitmen kami terhadap pelanggan kerana kami sentiasa mendengar maklum balas dan reka bentuk telefon pintar selari dengan gaya hidup.

“Kami berterima kasih kepada pelanggan yang menyokong produk ini,” katanya dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur.

Huawei Nova 2 lite direka khusus dengan prestasi tinggi dan mempunyai ketahanan yang bersesuaian bagi pengguna golongan muda.

Telefon pintar itu mempunyai RAM 3GB dengan ROM 32GB.

Disiarkan pada: April 9, 2018 @ 9:42am
d