bisnes

MAG, MARA tandatangan MoU

Oleh HM Digital

Malaysia Aviation Group (MAG) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menyediakan sokongan pembiayaan untuk juruterbang kadet menerusi program latihan juruterbang kadet MAG.

Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Izham Ismail berkata, kumpulan pertama kadet akan dambil dari Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) UniKL.

“Usahasama ini akan memberi peluang kerjasama yang hebat dengan MARA dalam membangunkan dan mendidik generasi baru juruterbang kadet dan bakat yang akan dijamin mendapat pekerjaan dalam syarikat penerbangan kumpulan itu selepas tamat latihan.

“Langkah ini penting ketika MAG terus meluaskan operasi dan kembali mencatat keuntungan,” katanya.

MAG diwakili Izham manakala MARA oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Azhar Abdul Manaf, pada majlis bertukar dokumen MoU, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi MAG Tan Sri Md Nor Yusof dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Menerusi usahasama ini, Izham berkata, juruterbang kadet yang disenarai pendek oleh MAG akan mengikuti latihan di sekolah penerangan terpilih di Malaysia, dan dibiayai MARA.

Disiarkan pada: April 17, 2018 @ 1:29am
d